INFO BUAH TEMBIKAI


Tembikai merupakan buah yang berasal dari Afrika Selatan dan kini ditanam hampir di semua negara beriklim tropika dan sederhana.
                  Jenis-jenis tembikai:                                 
melitopolski

yellow watermelon

orangeglo
moon and stars
saskatchewan
                
Tembikai:
1.   Mempunyai kadar kalori yang rendah dapat dijadikan hidangan sempurna bagi sesiapa yang ingin menurunkan BERAT BADAN….
2.   Mempunyai potasium yang tinggi dapat membantu menyimpan garam daripada meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.
3.   Menguatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh memerangi jangkitan.
4.   Terdapat karotenoid mempunyai bahan pencegah kanser.
5.   Mampu meredakan simptom-simptom osteoartritis dan rheumatoid artritis.
6.    Kaya dengan anti oksida yang membantu tubuh meneutralkan radikal-radikal bebas yang dapat  mengurangkan risiko kanser kolon.
7.  Mempunyai kandungan anti oksida dalam tembikai dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
8.   Mempunyai beta karotena membantu penglihatan lebih jelas terutama waktu malam.
100 mg tembikai mengandugi antara lain:
Kalsium               - 7 mg
Karbohidrat       - 7.55 gm
Lemak                   - 0.15 gm
Fluorida               - 1.5 mcg
Zat besi                - 0.24 mg
Magnesium         - 10 mg
Fosforus               - 11 mg
Potassium           - 112 mg
Protein                 - 0.61 gm
Sodium                 - 1 mg
Gula                      - 6.20 gm


Jasa Ibu



Selalu kita teringatkan ..Ibu ( mak/ ummi/mama/mummy /dll... sume pangilan yg ade la ok) ..

Bila sedih, kita mesti telefon ..Ibu..
Bila seronok… orang pertama kita nak beritahu mesti ..Ibu...  
Bila bengang.. kita suka luah pada ..Ibu..
Bila takut, kita selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “...
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk pun  juga Ibu
Bila buat hal, yang marah kita dulu..Ibu 
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium kitasampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran kita. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang kita, Ibu
Yang selalu berleter kat kita.. Ibu
Yang selalu puji kita pun.. Ibu
Yang selalu nasihat kita.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama kita tunjuk dan rujuk… Ibu (  eh kahwin?? coming soon la an.. hehe)

kalau ikutkan, xterkire jasa ibu, dr kecik smpai la  kite besar... tp  sedar x   mcm mana  jasa ibu dibalas? jom tgk bawah nie...



*        Masa kita umO  1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
      Kita balas budinya dengan menangis sepanjang malam

*        Masa kita umO  3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita
      Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan keatas lantai

*        Masa kita umO  4 tahun, Ibu membelikan kita crayon
      Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah

*        Masa kita umO  5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
      Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak

*        Bila kita umO  7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
      Kita  membalas budinya dengan menjerit , ‘SAYA TAK  NAK gi Skolah’

*        Masa kita umO 10 tahun, Ibu menghantar ke kelas tuisyen, menghantar ke rumah kawan dll
      Kita tidak langsung menoleh kebelakang dan mengucapkan terima kasih,setiap kali Ibu menghantar kita

*        Bila kita umO 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
      Kita membalas budi Ibu, menendang  bola dan memecahkan cermin tingkap rumahjiran kita

*        Masa kita umO  12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV
      Kita membalas bud iIbu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja  ibu keluar dari rumah

*        Bila kita umO  13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
      Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu takada TASTE"

*        Bila kita umO  16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat bekerja sehari suntuk
      Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik

*        Bila kita umO  17 tahun dan lulus  peperiksaan, Ibu menangis gembira
      Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan

*        Bila kita umO 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke  hostel kita.
      Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan

*        Bila kita umO 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-Kita ada boyfriend/girlfriend ke?
     Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

*        BilakitaumO 21 tahun,  Ibu bertanya apa cita-cita kita
      Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

*        Bila kita umO  23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru
      Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik

*        Bila kita umO  25 tahun, kita berumah tangga- Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita
      Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu

*        Bila kita umO  27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita
     Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

*        Bila kita umO  40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung
      Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"

*        Bila kita umO  50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang
      Kita  membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibusekali dengan membawa sedikit buah  apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera

*        Dan kemudian ,pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan Ibu...

WASSALAM...


Diet Rasulullah


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN
~Jangan minum SUSU bersama DAGING.
~Jangan makan DAGING bersama IKAN.
~ Jangan makan IKAN bersama SUSU.
~Jangan makan AYAM bersama SUSU.
~ Jangan makan IKAN bersama TELUR
~ Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
~Jangan minum SUSU bersama CUKA
~Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN
1) JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
2)  TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat klo ada kelas...;))
3)  JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..
(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi kesan nmpak waktu tua nt la)

4)   Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
5)  Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.


Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
6)  Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
7)  Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah dapat sakit).
8Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
9)  Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

kursus pra-perkahwinan



 Tarikh : 22-23 /1/2011
Tempat : DKP 2
Sebagai budak usim, apa aktiviti korang waktu hujung minggu? tak lain tak bukan, pegi giant, movie kat mid or qada tidur, yang study tu alhamdulillah la..nak cerita kt sini, ada gak antara budak2 biotech yg bpkiran jauh so decide untuk join kursus kahwin. Jd yang tak join, kitorang update info2 menarik tentang kursus ni.
Dalam kursus ni ada 2 bahagian,  bahagian pertama; Asas Pembinaan Insan  dan bahgian Ke-2 ; Pengurusan Keluarga ( yang ni memang semua orang suke) . Nak tahu? Pinjam la modul  sesiapa yg  join.  Hehe..
Dalam bahagian 1,  ada 3 unit yang dibincangkan ( Akidah , Ibadah & Akhlak ).
Dalam bahagian 2, penceramah (Ust. Abd. Jabar Yusuf)  berkongsi ilmu tentang ‘’Hubungan dalam keluarga & Komunikasi Suami Isteri’’.. pastu disambung pula  dgn topik ‘’Perkahwinan dan Prosedur’’ , ‘’Pengurusan Stress dan Konflik’’ dan ‘’Pembubaran Perkahwinan.

semangat ustaz nie

perkahwinan dan prosedur
demo akad nikah

muka2 tak sabar nak kawen..

                                                                            
Berminat  tak? Kalau nak, Tahun depan kita join ramai2.
p/s:terima kasih buat umi kalthum,nur silawati,naziatul hasma atas modul dan gambar-gmbar.
            

CARTA ORGANISASI

FOOD BIOTECHNOLOGY
7TH GENERATION
FST
SEMESTER 2

Ketua Program: Mohamed Sabri bin Esa

Penolong Ketua Program: Nur Nasihah bte Sahak

Ketua Group BSA 1: Zulfawwaz bin Mohmad
Penolong Ketua Group BSA 1: Siti Nur Ezzati Binti Yazid


Ketua Group BSA 2: Mohamad Wafi bin Samsudin
Penolong Ketua Group BSA 2: Rabiyatul Adawiyah bte. Arifen

Setiausaha 1: Norainatul Mardhiah bte. Mohd. Najib Hani
Setiausaha 2: Naziatul Hasma bte. Mat Nasir

Bendahari 1: Nadiah Madihah bte Ramli
Bendahari 2: Sharifah Maryam bte. Syed Malick


Ketua Biro Tarbiyah: Muhammad Saifullah Bin Mohd Yusof
Pen. Ketua Biro Tarbiyah: Amirul Iqram bin. Aidil fitri

 Unit Tazkirah  :
 Mohamed Sabri bin Esa
    Zulfawwaz bin Mohmad
     Mohamad Wafi bin Samsudin
     Mohamad Syafiq bin Saifudin
       Mohd. Fadhli bin Abd. Manawi
      Mohd Akmal bin Zakaria
         Mohd. Al Nazirul Mubin bin Khalid

 Unit Artikel: 
  Mariam bte. Samani
      Norfitriyah bte. Md Ayob



Ketua Biro Akademik:
       Kimia Organik: Nur Fara Amira bte. Esa
       Fizik:  Siti Fajira bte. Yajid
           Amali fizik: Noor Najwa bte. Hassan
           Biologi sel : Nur Farhana bte. Hahman
         ICS: Nurul Nabilah bte. Amran
         Hubungan Etnik: Zahidah bte Shamsudin



              Ketua Biro Teknologi dan Maklumat( ICT):  Aini U'naizah bt. Zalizam

            Unit blog/IT: Ainil Hawa bte. Mohamad Fauzi
                                 Nurul Atikah bte. Mohd. Ishak

          Unit Fotografi: Mohd. Akmal bin Zakaria
                                     Nur Fatihah bte. Mazlaini


Ketua Biro Lawatan:  Mohamad Syafiq bin Saifudin
Penolong Ketua Biro Lawatan:  Norainatul Mardhiah bte. Mohd. Najib Hani