Selalu kita teringatkan ..Ibu ( mak/ ummi/mama/mummy /dll... sume pangilan yg ade la ok) ..
Bila sedih, kita mesti telefon ..Ibu..
Bila seronok… orang pertama kita nak beritahu mesti ..Ibu...
Bila bengang.. kita suka luah pada ..Ibu..
Bila takut, kita selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “...
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk pun juga Ibu
Bila buat hal, yang marah kita dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium kitasampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran kita. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang kita, Ibu
Yang selalu berleter kat kita.. Ibu
Yang selalu puji kita pun.. Ibu
Yang selalu nasihat kita.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama kita tunjuk dan rujuk… Ibu ( eh kahwin?? coming soon la an.. hehe)
kalau ikutkan, xterkire jasa ibu, dr kecik smpai la kite besar... tp sedar x mcm mana jasa ibu dibalas? jom tgk bawah nie...
Masa kita umO 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita balas budinya dengan menangis sepanjang malam
Masa kita umO 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan keatas lantai
Masa kita umO 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah
Masa kita umO 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak
Bila kita umO 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit , ‘SAYA TAK NAK gi Skolah’
Masa kita umO 10 tahun, Ibu menghantar ke kelas tuisyen, menghantar ke rumah kawan dll
Kita tidak langsung menoleh kebelakang dan mengucapkan terima kasih,setiap kali Ibu menghantar kita
Bila kita umO 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Kita membalas budi Ibu, menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumahjiran kita
Masa kita umO 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV
Kita membalas bud iIbu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja ibu keluar dari rumah
Bila kita umO 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu takada TASTE"
Bila kita umO 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat bekerja sehari suntuk
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik
Bila kita umO 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan
Bila kita umO 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita.
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan
Bila kita umO 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-Kita ada boyfriend/girlfriend ke?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"
BilakitaumO 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"
Bila kita umO 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik
Bila kita umO 25 tahun, kita berumah tangga- Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu
Bila kita umO 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"
Bila kita umO 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"
Bila kita umO 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibusekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera
Dan kemudian ,pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan Ibu...
WASSALAM...
2 comments:
sedih siot cter nih...neway...insaf gle la...
hope xde antra kita yg wat cmni kat mak bila da beso k...
moral of da story..syngi la ibu anda n hrgai la pape yg dy wat tuk kita...
~the end tzkirah arini~
Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa ...
Post a Comment