Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Makanan Sihat Spesifik Dengan Organ Badan,Part 2


Assalamualaikum..

Kalo perasan sebelum ni da buat entry pasal topik ni jugak tapi yang tu PART 1..boleh klik kalo  nak baca:  Part 1

Kali ni masuk Part 2 pula.. Jom tengok senarai makanan sihat ni yang secara tak langsung, ada bentuk yang spesifik dengan organ manusia dan berfungsi khas untuk organ tersebut!..adakah ia kebetulah atau ketentuan?fikir2 kan lah..

1. Cendawan & Telinga

Potong 2 cendawan akan dapat bentuk seperti telinga! dan cendawan ada vitamin D yang bagus untuk memperbaiki pendengaran telinga! =)



2. Anggur & Peparu


mesti pernah tengok peparu kn?..atau nk khususkn lagi  struktur dalam peparu yang dipanggil 'alveoli'..alveoli ni laa yang bantu oksigen serap dalam badan kita! nak tau bentuk dia camana? Tengok je buah anggur..macam tu la dia..

makan anggur memang bagus untuk peparu sebab dia dapat kurangkan risiko kanser peparu!..


3.Keju & Tulang

Tengok bentuk keju macam struktur internal tulang kita..hmm sebab makan keju memang bagus untuk kuatkan tulang sebab keju tinggi kandungan kalsium dan phosphat selain susu kn..so,kalo y xminum susu tuh boleh jgk makan keju utk tmbah kalsium dlm badan..




4.Pisang & Mulut

Pisang bentuk macam tengah 'SENYUM'..btul tak?..memang betul sebab makan pisang akan merembeskan hormon bernama 'serotoni'..hormon ni memang buat mood jadi Happy..so,bagus utk menghilangkan tekanan=)






Kenali Personaliti Diri Anda melalui tulisan



(kajian scientific Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan pakar-pakar)

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuatSeseorang yang menulis dengan kuat tekanannya
sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.· Sihat, cergas, pantas
dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringanSeseorang yang menulis dengan lembut dan
ringan dan tidak berbekas.· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah
sakit


Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan
bulat· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan
banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular
dan sharp· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat
dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah
menunjukkan kasihsayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu,
tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan
negara tetapi tak sukacampur orang
iii. Tegak· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak
cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil
jalantengah
iv. Campur-campur· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup
umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit
boros.
ii. Rapat-rapat· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang
lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Zi. Ada ekor)

a) Besar, panjang dan sempurna· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih &
penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap
kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna· Tak pandai mempamerkan emosi,
kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu
banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T

i. Tinggi· Tahap aspirasi tinggiii. Rendah· Mudah berpuas hati,
cita-cita rendahiii. Tengah-tengah· Usaha dan tahap pencapaian itu di
tahap sederhana


       Tulisan mencerminkan peribad. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…InsyaAllah...

Embryo Haiwan



Subhanallah memang kagum ciptaan Allah S.W.T...gambar embryo haiwan dalam perut ibu masing2..pernah kita terpikir keadaan kita dlm perut ibu kita dulu?

baby dolphin dalam perut ibu

anak gajah yang belum lahir

anak penguin dalam telur
anak anjing



Makanan Sihat Spesifik Dengan Organ Badan



Jom tengok senarai makanan sihat ni yang secara tak langsung, ada bentuk yang spesifik dengan organ manusia..mungkin kebetulan atau mungkin ianya ketentuan ilahi..

 
1. Halia & Perut
Halia pulak sangat bagus kalo time sakit perut kn?mungkin ini ketentuan..sebab tuh kalo perut angis,orang minum ENO..



2.Lala & Testikel (organ pembiakan lelaki)
Tengok dari segi bentuk memang bentuk nak sama. Lala ni sangat bagus untuk memberi signifikan impak ke atas kualiti semen yang terhasil..sebab kualiti semen yang baik hasilkan sperm yang baik!..so,kebetulan atau ketentuan?kpd budah laki, makan lala!







3. Walnut & Otak
Tengok rupa walnut yang kedut-kedut sama macam bentuk otak..=)  walnut adalah makanan utk otak yang sangat bagus!

4. Lobak & Mata
potong tengah lobak, akan nampak bentuk bulat sebiji macam mata! & makan lobak bagus untuk mata..again,kebetulan atau ketentuan?





ALL OF US~





sekilas kenangan bersama....




Hari Terbuka FST- Part1


Pada 4-6 Mac yang lepas, Univerisiti Sains Islam Malaysia (USIM ) telah mengnjurkan Karnival Explorasi Usim.(Terbuka kpd  orang luar) . Fakulti Sains dan Teknologi  turut terlibat dalam Hari Terbuka FST, bertempat di Bangunan FST dan Pusat Tamhidi.  Open day dah lama berlalu,tapi baru sekarang nak update blog,sory guys…masing2 busy kan. Test berturut2 kot.

Khamis-3 mac 2011
Sehari sebelum open day. Semua sibuk dgn persediaan akhir. Membalut hadiah, tiup belon dgn pam basikal, sediakan bahan pameran dan berlatih untuk demonstrasi masakan di café KK1.

Jumaat-4 mac 2011
Seawal  7 pagi, rombongan baju hijau dah mula kelihatan di blok c. tak ketinggalan yang kelihatan riang mengangkut belon .bersiap-siap dan terus ke booth untuk menghias booth yang dikongsi bersama ISA.never mind,sharing is caring.

Sibuk nak menggantung belon, sedar2 rombongan yg teramatlah awal, lagi awal dari yg kami yg menjaga booth dah sampai. ribuan maaf dipohon.


9 pagi..inilah hasilnya,


 Unit Pameran, jualan, aktiviti dimulakan. Kedatangan student2 dari sekolah Sri Bistari memeriahkan booth kami. Kebetulan yang menyeronokkan, diorang pun berbaju hijau.
Booth FB dipenuhi dgn student2 yg bersemangat waja utk mnjawab kuiz yg disediakan. Lagi2 bila nmpk hadiah yg tersusun kat atas meja, .
Aktiviti diteruskan dengan demonstrasi  masakan kek batik dan puding manga oleh ahli2 unit demonstrasi. Yg ni lagi seronok, sbab dpt makan kek batik free.

2.30 ptg, aktiviti fear factor bermula. Walaupun agak kalut apabila peserta dah naik bas awal2 tinggalkan kita. Nasib baik, dpt tarik beberapa org baru. Aktiviti yg penuh dgn mimik muka dan reaksi2 pelik. Antara yg sempat dirakamkan,



3.oo ptg, booth utama FST meriah dgn demonstrasi kimia yg turut dihadiri lecturer kesayangan pelajar FST, Dr. Siti Salha. Sambutan terhadap experiment harry potter pen, naza the ninja’s smoke bomb dan mentos & coke mmang sgt menarik!




SEMINAR PERANCANGAN KERJAYA

On the 22nd of January, USIM together with KPT, MAKUMA, and I luv Islam held a seminar about career plan for students. A limited number of students participated in the seminar. Luckily, Food Biotechnology were able to send two representatives to attend the seminar.

For the first forum, the topic was THE IMPORTANCE OF EARLY CAREER PLANNING.

The speakers for the first forum were

  1. Dr. Firdaus Mukhtar
  2. Tn. Hj. Azman Mohd Hussein
  3. Pn. Hjh. Kamaliah Abu


Among the advice and reminders given to us is : 
  • Work hard
  • Cope with stress
  • Be close to Allah
Besides that, when we are applying for a job, we have to remember that candidates are short-listed based on CGPA and also a student's performance during their interview. So, in order to be among the candidates that are short-listed, we have to start from now by improving our grade as well as perfecting our soft skills. In an interview, we are to bear in mind that we have to convince our future employer why they should choose us to fill in a specific position. 
Furthermore, we should start now and wonder about what exactly we want to do in the future. Some of us are still not sure which way they are heading. So, use this 4 years wisely. Find out what you are capable of, and what suits you the most so that you can make a good choice.
  As students, we have still a lot to learn, we have the time to explore, to search and take whatever opportunity  in front of us. Just Do It. Try out new things, find out more about yourself and what you can achieve for yourself and others. Be open minded and together with friends, optimize our capabilities and talents. Most graduates lack self-confidence. Confidence is very important and it comes with knowledge. You can gain confidence by trying. Try to take the opportunity, try to face your fears.
In the second forum the speakers were

  1. En. Putra Murwan Shah
  2. En. Wahizan Abd Rahman
  3. En. Madzlan Mohd. Hussain
In the second forum, the speakers stressed on the importance of being a holistic graduate. This means that, you need to balance your studies with extra co-curricular activities that will help you in being a holistic graduate. as a graduate u have to be balanced in terms of physical, emotional, spiritual and intellectual. We should be open minded and think of ways to contribute. We have to learn how to adapt ourselves in different environments and different people.

In a nutshell, we have to re-evaluate ourselves wether or not we are ready to graduate. before we graduate, we must prepare ourselves and make sure we are ready with the knowledge and skills that today's working environment needs.




MENGAPA MENGELUH?...


Manusia terlahir mudah mengeluh. Mengeluh kerana masalah yang dihadapi,mengeluh kerana sikap orang lain menyinggung hatinya,mengeluh kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan, tidak ketinggalan mengeluh kerana apa2 yang ditakdirkan dihadapannya tidak sesuai dgn keinginan. Tahukah anda bahawa sikap mengeluh sebenarnya menunjukkan kekerdilan jiwa anda dan mencari pembenaran diri sendiri?
Kerna itu duhai sahabatku, jauhilah sikap mengeluh. Jadilah seorang dewasa yang menerima apapun yang dihadirkan oleh-Nya pada diri kita. Ingat, mengeluh adalah sebuah penentangan, sebuah sikap penolakan dan menghindari kenyataan!

Persoalan2 yang sering kita luahkan,..
      Kita bertanya : kenapa aku diuji?
Quran menjawab : "apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang berdusta" Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

      Kita bertanya : kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
 Quran menjawab : "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." surah al-Baqarah,ayat 216.


     Kita bertanya : kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." surah al-Baqarah,ayat 286.

Kita bertanya : kenapa kita berasa frust?
Quran menjawab : "Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman." surah Ali Imran,ayat 139.

Kita bertanya : bagaimana aku harus menghadapinya?
Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungghnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" surah al-Baqarah,ayat 45.

Kita bertanya : kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab : " cukuplah bagiku Allah , tidak ada Tuhan selain daripada Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal". Surah at-Taubah , ayat 129.

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".Surah at-Taubah , ayat 111.


Kita bertanya : sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan it ada kemudahan".surah al-Insyirah/Asy-Syarh,ayat 5-6.
Terlalu banyak nikmatNya,tetapi jarang disyukuri,..
        Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. (Surah Al-Ma’aarij 70: 19-21)
       
Anda pernah merasakan kegembiraan yang menggugah, anda juga pernah mersakan kelesuan yang melelahkan. Semua itu hanyalah 1 rasa..

TEH


Salam mesra sume!! Korang penah dengar x statement pasal ‘minum bola, makan bola, tido bola?’ mesti penah nyer...hmmm…kali ni ape kata kita gantikan bola ngan teh… ‘minum teh, makan teh, tido teh, hidup teh!!’ yeahh!!! da gosok gigi blom??nak brekfas sama2 nih pastu jom kita borak pasal teh..jom2!!! 
  
Fakta Ringkas Teh 

1.      Teh kalo diminum dua hingga tiga cawan sehari dpt membantu prestasi mental…
2.      Aroma teh gak dpt mencetuskan perasaan tenang dan sejahtera..
3.      Teh kalo diamalkan  dalam diet seimbang, boleh jadikan jantung kita lebih sihat.
4.      Bagi sape2 yang nak kawal BERAT BADAN, minum la teh tanpa gula atau susu sebab teh takde kalori..
5.      Fluorida boleh didapati dalam teh yang membantu kesihatan gigi…Flavonoid teh didapati dapat  meningkatkn daya enamel menentang asid dan bertindak sebagai agen antibakteria…
6.      Uncang teh kering dpt menyerap bau hapak dalam peti sejuk…
7.      Gunakan teh untuk bersihkan tingkap/pintu kaca dan cermin…gerenti kilat!!
8.      Bagi sesape yang nak wat BBQ, taburkan sket daun ke atas bara api sbelum memanggang sbab ia dapat menambah perisa mknn korang..hmm…sdapnya bau~~
9.      Gunakn hampas teh yang dah digunakn untuk baja tanaman..
10.  Teh bertindak sbagai perapi rambut semula jadi…~xyah la pkai conditioner mahal2..guna teh sude…=)
11.  Bagi tilam yang dah ada ‘peta dunia’ n bau mcam2..guna le teh sbb ia penghalau semula jadi pijat!!!
12.  Uncang teh yang dah digunakn dpt memberi perlindungan daripada karat…nape??? Sebab sebatian kimia dalam teh membentuk lapisan cegah karat!!!  
Chinese tea powder

Green tea powder 
Jasmine tea powder 
Black Tea powder

Ni je la yang dapat kita kongsikan bersama…sbg student biotech harap informasi ini berguna 
untuk kita sume k…sekian.
Sumber : Berita Harian  

  

Keindahan Matematik


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%


DEBAT PIALA NC



The NC Cup debate competition is once again here.

Organized by USIM's Debate Club together with Unit Kepimpinan Pelajar and HEP, this competition is held for all USIM students. It will be held on 25 Feb - 27 Feb at Faculty of Syariah and Law.

 The objective of this competition is to find and polish student's talent in debating. Besides that, this competition also teach us confidence in presenting our ideas. as well as critical thinking. 

Held in three categories which are Bahasa Melayu, English, and Arabic, each faculty can send a maximum of two teams each consisting of 4 participants. 


For those interested, you can contact 
  • Zulfawwaz Mohmad  : 013-6353234 (Director) 
  • Abdul Qaiyum Musa : 013-222 3728 (President)
  •  email : debat.hep@usim.edu.my

[for FB sfriends, you could also give your name to Khusyairi Embong, or Ainil Hawa] 


INFO BUAH TEMBIKAI


Tembikai merupakan buah yang berasal dari Afrika Selatan dan kini ditanam hampir di semua negara beriklim tropika dan sederhana.
                  Jenis-jenis tembikai:                                 
melitopolski

yellow watermelon

orangeglo
moon and stars
saskatchewan
                
Tembikai:
1.   Mempunyai kadar kalori yang rendah dapat dijadikan hidangan sempurna bagi sesiapa yang ingin menurunkan BERAT BADAN….
2.   Mempunyai potasium yang tinggi dapat membantu menyimpan garam daripada meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.
3.   Menguatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh memerangi jangkitan.
4.   Terdapat karotenoid mempunyai bahan pencegah kanser.
5.   Mampu meredakan simptom-simptom osteoartritis dan rheumatoid artritis.
6.    Kaya dengan anti oksida yang membantu tubuh meneutralkan radikal-radikal bebas yang dapat  mengurangkan risiko kanser kolon.
7.  Mempunyai kandungan anti oksida dalam tembikai dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
8.   Mempunyai beta karotena membantu penglihatan lebih jelas terutama waktu malam.
100 mg tembikai mengandugi antara lain:
Kalsium               - 7 mg
Karbohidrat       - 7.55 gm
Lemak                   - 0.15 gm
Fluorida               - 1.5 mcg
Zat besi                - 0.24 mg
Magnesium         - 10 mg
Fosforus               - 11 mg
Potassium           - 112 mg
Protein                 - 0.61 gm
Sodium                 - 1 mg
Gula                      - 6.20 gm


Jasa Ibu



Selalu kita teringatkan ..Ibu ( mak/ ummi/mama/mummy /dll... sume pangilan yg ade la ok) ..

Bila sedih, kita mesti telefon ..Ibu..
Bila seronok… orang pertama kita nak beritahu mesti ..Ibu...  
Bila bengang.. kita suka luah pada ..Ibu..
Bila takut, kita selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “...
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk pun  juga Ibu
Bila buat hal, yang marah kita dulu..Ibu 
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium kitasampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran kita. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang kita, Ibu
Yang selalu berleter kat kita.. Ibu
Yang selalu puji kita pun.. Ibu
Yang selalu nasihat kita.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama kita tunjuk dan rujuk… Ibu (  eh kahwin?? coming soon la an.. hehe)

kalau ikutkan, xterkire jasa ibu, dr kecik smpai la  kite besar... tp  sedar x   mcm mana  jasa ibu dibalas? jom tgk bawah nie...



*        Masa kita umO  1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
      Kita balas budinya dengan menangis sepanjang malam

*        Masa kita umO  3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita
      Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan keatas lantai

*        Masa kita umO  4 tahun, Ibu membelikan kita crayon
      Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah

*        Masa kita umO  5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
      Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak

*        Bila kita umO  7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
      Kita  membalas budinya dengan menjerit , ‘SAYA TAK  NAK gi Skolah’

*        Masa kita umO 10 tahun, Ibu menghantar ke kelas tuisyen, menghantar ke rumah kawan dll
      Kita tidak langsung menoleh kebelakang dan mengucapkan terima kasih,setiap kali Ibu menghantar kita

*        Bila kita umO 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
      Kita membalas budi Ibu, menendang  bola dan memecahkan cermin tingkap rumahjiran kita

*        Masa kita umO  12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV
      Kita membalas bud iIbu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja  ibu keluar dari rumah

*        Bila kita umO  13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
      Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu takada TASTE"

*        Bila kita umO  16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat bekerja sehari suntuk
      Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik

*        Bila kita umO  17 tahun dan lulus  peperiksaan, Ibu menangis gembira
      Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan

*        Bila kita umO 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke  hostel kita.
      Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan

*        Bila kita umO 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-Kita ada boyfriend/girlfriend ke?
     Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

*        BilakitaumO 21 tahun,  Ibu bertanya apa cita-cita kita
      Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

*        Bila kita umO  23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru
      Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik

*        Bila kita umO  25 tahun, kita berumah tangga- Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita
      Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu

*        Bila kita umO  27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita
     Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

*        Bila kita umO  40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung
      Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"

*        Bila kita umO  50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang
      Kita  membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibusekali dengan membawa sedikit buah  apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera

*        Dan kemudian ,pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan Ibu...

WASSALAM...